PROGRAM CAREER INSIGHT ANAK-ANAK ASNAF REMBAU, SEREMBAN
- 28 Jun
- 1 min membaca

Program Career Insight khusus untuk Anak-anak Asnaf MAINS Daerah Rembau dan Seremban telah berlangsung pada 27 Jun 2026 di Royale Chulan Seremban.
Program yang dihadiri seramai 39 orang peserta bertujuan untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan yang wujud dalam kalangan peserta dan merancang pelbagai strategi ke arah bidang kerjaya yang sesuai mengikut keupayaan dan kebolehan yang dimiliki.
Selain membekalkan pengetahuan awal mengenai cabaran semasa dan akan datang mengenai dunia kerjaya dan status ekonomi yang memberi pengaruh kepada kerjaya. Sekaligus dapat
meningkatkan rasa keseronokan dalam menuntut ilmu kerjaya dalam kalangan peserta dengan mengaitkan pembelajaran dengan personaliti dengan kerjaya dalam slot LDK dan ceramah kerjaya.
Program telah dirasmikan oleh Pegawai MAINS Daerah Seremban, En. Zamri Ahmad Suhaimi bersama Kaunselor MAINS Daerah Rembau, Pn. Haryati Kamarudin.



