top of page

PROGRAM 3 PENJURU & ANUGERAH KECEMERLANGAN PERTENGAHAN TAHUN DARUL ASNAF

  • 28 Jun
  • 1 min membaca

Kompleks Darul Asnaf Sri Sendayan (DASS) MAINS telah berjaya menganjurkan Program 3 Penjuru dan Anugerah Kecemerlangan Pertengahan Tahun yang melibatkan seramai 32 orang pelajar bersama ibu bapa masing-masing.

Program ini bertujuan menghimpunkan tiga pihak utama iaitu pihak pengurusan kompleks, ibu bapa dan pelajar bagi memastikan setiap pelajar mendapat perhatian secara menyeluruh.

Melalui pendekatan ini, kekuatan dan kelemahan setiap pelajar dapat dikenal pasti dengan lebih jelas seterusnya membolehkan tindakan susulan yang lebih berkesan dirancang dalam aspek akademik, sahsiah dan kokurikulum.

Majlis dimulakan dengan kehadiran ibu bapa pelajar sebelum diteruskan dengan ucapan oleh Ketua Kompleks DASS, En. Mohd. Syafiq Abdul Rashid. Seterusnya berlangsung penyampaian Watikah Pelantikan Majlis Perwakilan Pelajar sebagai tanda pengiktirafan terhadap kepimpinan dan tanggungjawab yang bakal digalas oleh para pelajar.

Majlis turut diserikan dengan penyampaian Anugerah Kecemerlangan Mata Pelajaran bagi pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4, dengan pencapaian tertinggi direkodkan sebanyak 6A 1B. Selain itu, Anugerah Cemerlang turut disampaikan kepada pelajar yang menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang pertengahan tahun.

Program diteruskan dengan sesi Perjumpaan 3 Penjuru yang melibatkan pihak pengurusan, ibu bapa dan pelajar bagi membincangkan perkembangan akademik, sahsiah serta penglibatan kokurikulum setiap pelajar. Sesi ini diharap dapat mengukuhkan kerjasama antara semua pihak dalam usaha melahirkan pelajar yang cemerlang, berakhlak mulia dan berdaya saing.


Aktiviti Agihan MAINS

<img>

Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14,
Menara MAINS, Jalan Taman Bunga,
70100 Seremban, Negeri Sembilan.

info@mains.gov.my
06-7651402 / 06-7620643

ADUAN / PERTANYAAN

Klik Di Sini 
untuk bertanyakan
sebarang soalan.

JUMLAH PELAWAT

Kiraan Pelawat Bermula 13-1-2026

MEDIA SOSIAL

  • Threads
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok

Copyright © 2026  Majlis Agama Islam Negeri Sembilan                          Kemaskini Akhir : 15-Julai-2026

bottom of page