ZAKAT BANTU RUMAH MAWADDAH
24 Jun
1 min membaca
Asnaf MAINS dalam kategori fakir yang tinggal di Kampung Ulu Ladang, Gemas, Pn. Rafeah Abu Bakar telah menerima serahan kunci bantuan Rumah Mawaddah. Bersumberkan zakat juga, beliau yang hidup bersendirian turut menerima bantuan kewangan bulanan dan barangan dapur bagi membantu kelangsungan kehidupan hariannya.
Terima kasih pembayar zakat.
