MAJLIS GRADUASI MYREF HIJRAHPRENEUR SKILLS PROGRAM 2025/2026
- 26 Jun
- 1 min membaca

Bumi Seremban menjadi saksi kepada sebuah perjalanan yang penuh makna apabila peserta Program MyREF HijrahPreneur Skills diraikan dalam Majlis Graduasi setelah berjaya menamatkan fasa pembangunan keusahawanan yang telah dilalui.
Majlis telah diserikan dengan kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif Etiqa Family Takaful Berhad, Tn. Zafri Ab Halim, Pengarah, Jabatan Zakat, MAINS, Tn. Mahadi Ali serta Ketua Pegawai Eksekutif MyREF, Ts. Mohd Khairuddin Rais.
Program MyREF/iTEKAD merupakan inisiatif pembangunan keusahawanan hasil kerjasama strategik antara institusi kewangan, institusi zakat dan pelbagai agensi pelaksana yang bukan sekadar menawarkan pembiayaan perniagaan, malah menyediakan latihan, bimbingan dan pemantauan secara berterusan bagi memperkasa peserta membina perniagaan yang mampan.
Inilah indahnya peranan zakat.
Bantuan yang disalurkan bukan sekadar memenuhi keperluan hari ini, tetapi menjadi pemangkin kepada asnaf untuk membina kehidupan yang lebih baik. Dengan ilmu, sokongan dan peluang yang diberikan, mereka mampu mengembangkan perniagaan, meningkatkan pendapatan serta keluar daripada kepompong kemiskinan secara bermaruah.
Semoga setiap usahawan yang diraikan hari ini terus melangkah lebih jauh, menjadi inspirasi kepada lebih ramai asnaf untuk bangkit mengubah kehidupan, seterusnya menjadi penyumbang kepada pembangunan ekonomi ummah. Mudah-mudahan suatu hari nanti, mereka yang dahulunya menerima zakat pula menjadi antara pembayar zakat yang membantu mengangkat kehidupan insan lain.
Tahniah kepada semua graduan Program myREF HijrahPreneur Skills 2025/2026. Semoga kejayaan ini menjadi titik permulaan kepada lebih banyak pencapaian pada masa hadapan.



