top of page

Aktiviti Agihan Zakat, Wakaf & Fidyah



PROGRAM 'THE NEXT LEVEL'- SIRI 1 ANJURAN KOMPLEKS DARUL ASNAF SRI SENDAYAN (DASS) MAINS
Kompleks Darul Asnaf Sri Sendayan (DASS) MAINS telah menganjurkan Program 'The Next Level' - Siri 1 selama dua hari satu malam pada hujung minggu lalu di D’Tempat Country Club dan Kompleks DASS sendiri dengan melibatkan penyertaan seramai 32 orang pelajar kompleks tersebut. Penganjuran program ini bertujuan menyediakan platform pembangunan diri yang memfokuskan kepada pembinaan minda positif, penguasaan teknik pembelajaran yang berkesan, pembangunan potensi diri, pengukuhan s
1 hari lalu


PROGRAM 3 PENJURU & ANUGERAH KECEMERLANGAN PERTENGAHAN TAHUN DARUL ASNAF
Kompleks Darul Asnaf Sri Sendayan (DASS) MAINS telah berjaya menganjurkan Program 3 Penjuru dan Anugerah Kecemerlangan Pertengahan Tahun yang melibatkan seramai 32 orang pelajar bersama ibu bapa masing-masing. Program ini bertujuan menghimpunkan tiga pihak utama iaitu pihak pengurusan kompleks, ibu bapa dan pelajar bagi memastikan setiap pelajar mendapat perhatian secara menyeluruh. Melalui pendekatan ini, kekuatan dan kelemahan setiap pelajar dapat dikenal pasti dengan lebih
28 Jun


PROGRAM ‘A-STAR STUDENT AMAZING GENIUS’
Darul Asnaf Seri Tanjung (DAST) MAINS, Kuala Pilah telah berjaya melaksanakan Program ‘A-Star Student Amazing Genius’ yang berlangsung selama tiga hari dua malam bermula 19 hingga 21 Jun 2026 di Klana Resort Seremban melibatkan seramai 25 orang pelajar kompleks tersebut. Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai teknik pembelajaran yang berkesan bagi membantu meningkatkan kemahiran belajar, pengurusan masa serta kecemerlangan akademik. Sepanjang pr
23 Jun


PROGRAM ‘ENGLISH IN ACTION’ PERKASA KEMAHIRAN BAHASA INGGERIS PELAJAR DASS
Kompleks Darul Asnaf Sri Sendayan (DASS) MAINS telah menganjurkan Program ‘English In Action’ selama dua hari satu malam pada hujung minggu lalu yang melibatkan seramai 32 orang pelajar kompleks tersebut. Program ini diadakan bagi menyediakan platform pembelajaran yang menyeronokkan, interaktif dan praktikal dalam usaha meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris dalam kalangan pelajar DASS. Sepanjang program berlangsung, para peserta telah mengikuti pelbagai aktiviti berkumpul
22 Jun


BENGKEL NASYID, QASIDAH CUNGKIL BAKAT PELAJAR DARUL ASNAF
Kompleks Darul Asnaf Sri Sendayan (DASS) MAINS telah menganjurkan Bengkel Nasyid dan Qasidah selama dua hari satu malam pada hujung minggu lalu yang melibatkan seramai 19 orang pelajar kompleks tersebut. Bengkel ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada para peserta mengenai teknik asas vokal, penghayatan lirik, adab persembahan serta kemahiran berqasidah secara berkumpulan. Program ini turut bertujuan memupuk keyakinan diri serta mengembangkan bakat pelajar dalam bidang se
15 Jun
bottom of page
