BENGKEL NASYID, QASIDAH CUNGKIL BAKAT PELAJAR DARUL ASNAF
- 15 Jun
- 1 min membaca

Kompleks Darul Asnaf Sri Sendayan (DASS) MAINS telah menganjurkan Bengkel Nasyid dan Qasidah selama dua hari satu malam pada hujung minggu lalu yang melibatkan seramai 19 orang pelajar kompleks tersebut.
Bengkel ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada para peserta mengenai teknik asas vokal, penghayatan lirik, adab persembahan serta kemahiran berqasidah secara berkumpulan. Program ini turut bertujuan memupuk keyakinan diri serta mengembangkan bakat pelajar dalam bidang seni Islam yang berteraskan nilai-nilai murni.
Melalui pelaksanaan bengkel ini, bakat-bakat berpotensi dalam kalangan pelajar dapat dikenal pasti untuk mewakili DASS dan MAINS dalam pelbagai program dan majlis rasmi pada masa akan datang.
Majlis penutup bengkel telah disempurnakan oleh Ketua Kompleks DASS MAINS, En. Mohd. Syafiq Abdul Rashid.



