top of page

Aktiviti Agihan Zakat, Wakaf & Fidyah

ZAKAT


REMAJA 16 TAHUN DIDUGA DENGAN PENYAKIT DENGGI BERDARAH
Seorang remaja berusia 16 tahun yang diduga dengan penyakit denggi berdarah telah diziarahi MAINS di Hospital Tuanku Ja'afar hari ini. Beliau sebelum ini terpaksa ditidurkan selama sebulan dan kini hanya diberi minum susu melalui hidung setelah lehernya ditebuk. Zakat akan membantu beliau secara bulanan dengan bantuan ubat cair darah, susu khas dan lampin pakai buang berjumlah RM1,500 selain bantuan mesin 'Angelbuss Suction Pump' yang bernilai RM600. Ziarah pada hari ini turu
18 Jun


SAMBUTAN MAAL HIJRAH ASNAF NILAI
Pada hari ini, MAINS telah menganjurkan Program Sambutan Maal Hijrah Bersama Asnaf Fakir dan Miskin dalam kawasan Nilai yang diadakan di Masjid Kariah Kampung Pulai Lambar, Labu. Program telah dihadiri seramai 164 orang asnaf daripada golongan fakir dan miskin. Program dimulakan dengan sesi taklimat ringkas yang disampaikan oleh Penolong Pegawai MAINS Cawangan Nilai, En. Khairul Aifaa Md Salleh bagi memberikan penerangan berkaitan peranan MAINS serta inisiatif bantuan yang di
17 Jun


SAMBUTAN MAAL HIJRAH BERSAMA ASNAF SENAWANG
Seramai 79 orang asnaf fakir dan miskin dari sekitar Senawang telah menghadiri Program Sambutan Maal Hijrah Bersama Asnaf di Masjid Sayyidatina Aisyah, Bandar Seremban Selatan, hari ini. Program tersebut diadakan bagi menyemarakkan penghayatan Maal Hijrah serta memperkukuhkan semangat perubahan ke arah kehidupan yang lebih baik dalam kalangan para asnaf. Antara pengisian utama program ialah ceramah perdana bertajuk 'Hijrah: Paksa atau Rela'yang disampaikan oleh Pakar Motivasi
17 Jun


SERAHAN KUNCI RUMAH MAWADDAH
Asnaf MAINS dalam kategori fakir yang tinggal di Rafeah Abu Bakar dari Kampung Ulu Ladang, Gemas, Pn. Rafeah Abu Bakar telah menerima serahan kunci bantuan Rumah Mawaddah pada hari ini. Bersumberkan zakat, beliau yang hidup bersendirian turut menerima bantuan kewangan bulanan dan barangan dapur bagi membantu kelangsungan kehidupan hariannya. Penyerahan Rumah Mawaddah ini diharap dapat memberikan keselesaan dan kehidupan yang lebih baik kepada beliau. Majlis telah disempurnaka
16 Jun


BENGKEL NASYID, QASIDAH CUNGKIL BAKAT PELAJAR DARUL ASNAF
Kompleks Darul Asnaf Sri Sendayan (DASS) MAINS telah menganjurkan Bengkel Nasyid dan Qasidah selama dua hari satu malam pada hujung minggu lalu yang melibatkan seramai 19 orang pelajar kompleks tersebut. Bengkel ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada para peserta mengenai teknik asas vokal, penghayatan lirik, adab persembahan serta kemahiran berqasidah secara berkumpulan. Program ini turut bertujuan memupuk keyakinan diri serta mengembangkan bakat pelajar dalam bidang se
15 Jun


ZIARAH 8 BUAH KELUARGA ASNAF OKU & MENGHIDAP PENYAKIT KRONIK
Di Gemas, khususnya di Felda Jelai, MAINS telah turun menziarahi 8 buah keluarga asnaf OKU dan menghidap penyakit kronik pada hujung minggu ini sempena Tahun Baharu Hijrah tidak lama lagi dan Fiesta Rakan Muda Negeri Sembilan 2026 yang diadakan di Kompleks Sukan Komuniti, Felda Jelai. Sumbangan wang tunai dan barangan keperluan dapur telah disampaikan. Semoga dengan ziarah yang diadakan ini dapat memberi keceriaan kepada setiap keluarga dan sedikit sebanyak meringankan beban
14 Jun


SERAHAN KUNCI RUMAH MAWADDAH
Asnaf Rembau, Pn. Siti Rohaya Abdullah yang tinggal di Kampung Bongek Tengah bersama suami merupakan penerima bantuan bulanan zakat sejak tahun 2022 sehingga kini telah menerima serahan kunci Rumah Mawaddah pada hari ini yang disempurnakan oleh Setiausaha MAINS, Tn. Hj. Zainal Said. Rumah lama yang didiami oleh pasangan ini sudah tidak dapat didiami yang terletak bersebelahan. Beliau sebelum ini pernah bekerja tetapi telah terlibat dengan kemalangan yang mengakibatkan kakinya
10 Jun


AGIHAN DAGING KORBAN KEPADA ASNAF
Seramai 104 orang asnaf dari kariah Masjid Jamek Dato' Klana Petra Sendeng dan Masjid Pekan Pantai telah menerima agihan daging korban menerusi program hasil kerjasama MAINS, Takaful Ikhlas dan Masjid Jamek Dato' Klana Petra Sendeng yang berlangsung semalam. Daging korban yang diagihkan merupakan hasil daripada ibadah korban 10 ekor lembu yang telah dilaksanakan oleh pihak Takaful Ikhlas pada Hari Raya Aidiladha ketiga yang lalu. Selain agihan daging korban, para penerima tur
7 Jun


BANTUAN KATIL ASNAF FAKIR PAROI
Petang Jumaat ini, MAINS telah menyampaikan bantuan sebuah katil kepada seorang asnaf fakir, Pn. Bibi Amnah Nawab Din yang tinggal di Pangsapuri Rakyat Perdana, Paroi. Beliau sebelum ini dilaporkan terlantar sejak bulan Ramadan lalu dan memerlukan kemudahan yang lebih selesa bagi urusan penjagaan serta pemulihan di kediamannya. Penyerahan katil tersebut telah disempurnakan oleh Penolong Pegawai MAINS Cawangan Senawang, Ustazah Sharifah Mashitah Syed Mokhtar, sebagai tanda kep
5 Jun
bottom of page
