SERAHAN KUNCI RUMAH MAWADDAH
- 10 Jun
- 1 min membaca
Updated: 12 Jun

Asnaf Rembau, Pn. Siti Rohaya Abdullah yang tinggal di Kampung Bongek Tengah bersama suami merupakan penerima bantuan bulanan zakat sejak tahun 2022 sehingga kini telah menerima serahan kunci Rumah Mawaddah pada hari ini yang disempurnakan oleh Setiausaha MAINS, Tn. Hj. Zainal Said.
Rumah lama yang didiami oleh pasangan ini sudah tidak dapat didiami yang terletak bersebelahan. Beliau sebelum ini pernah bekerja tetapi telah terlibat dengan kemalangan yang mengakibatkan kakinya tidak dapat berdiri lama dan memerlukan kerusi roda untuk bergerak. Suaminya juga tidak dapat bekerja atas faktor kesihatan.
Hadir sama Pengarah, Jabatan Zakat, MAINS, Tn. Mahadi Ali, Pegawai MAINS Daerah Rembau, Pn. Azura Muhammad Alias dan Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Agihan, MAINS, En. Mohd Hasni Zulkifle.



