SERAHAN KUNCI RUMAH MAWADDAH
- 16 Jun
- 1 min membaca
Updated: 1 hari lalu

Asnaf MAINS dalam kategori fakir yang tinggal di Rafeah Abu Bakar dari Kampung Ulu Ladang, Gemas, Pn. Rafeah Abu Bakar telah menerima serahan kunci bantuan Rumah Mawaddah pada hari ini.
Bersumberkan zakat, beliau yang hidup bersendirian turut menerima bantuan kewangan bulanan dan barangan dapur bagi membantu kelangsungan kehidupan hariannya.
Penyerahan Rumah Mawaddah ini diharap dapat memberikan keselesaan dan kehidupan yang lebih baik kepada beliau.
Majlis telah disempurnakan oleh Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Agihan MAINS, En. Mohd Hasni Zulkifle.
Terima kasih pembayar zakat.



