AGIHAN DAGING KORBAN KEPADA ASNAF
- 7 Jun
- 1 min membaca
Updated: 10 Jun

Seramai 104 orang asnaf dari kariah Masjid Jamek Dato' Klana Petra Sendeng dan Masjid Pekan Pantai telah menerima agihan daging korban menerusi program hasil kerjasama MAINS, Takaful Ikhlas dan Masjid Jamek Dato' Klana Petra Sendeng yang berlangsung semalam.
Daging korban yang diagihkan merupakan hasil daripada ibadah korban 10 ekor lembu yang telah dilaksanakan oleh pihak Takaful Ikhlas pada Hari Raya Aidiladha ketiga yang lalu.
Selain agihan daging korban, para penerima turut mengikuti sesi pengisian dan ceramah ringkas berkaitan hikmah serta pengajaran ibadah korban sebagai usaha menyemarakkan kefahaman dan penghayatan terhadap syariat Islam.
Program ini mencerminkan semangat kerjasama antara agensi dan institusi masjid dalam menyantuni golongan yang memerlukan serta memastikan manfaat ibadah korban dapat dirasai oleh lebih ramai masyarakat, khususnya asnaf.



