top of page

Program Pemantapan Islam: Asas Ibadah Siri 1

27 Ogo
1 min membaca

Alhamdulillah, Kompleks as-Sa’adah MAINS telah berjaya menganjurkan Program Pemantapan Islam: Asas Ibadah Siri 1 yang disertai oleh seramai 48 orang mualaf di Negeri Sembilan.

Program ini memberi fokus kepada pengukuhan asas taharah dan solat melalui pendekatan yang interaktif dan santai . Para peserta bukan sahaja didedahkan kepada ilmu secara teori, malah turut terlibat dalam pelbagai aktiviti yang menguji kefahaman, mengukuhkan ingatan serta meningkatkan keyakinan dalam melaksanakan ibadah.

Semoga setiap ilmu yang dipelajari menjadi bekalan yang bermanfaat, menyuburkan keimanan dan menjadi langkah awal dalam membentuk seorang Muslim yang lebih yakin, berilmu dan istiqamah dalam kehidupan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua peserta atas komitmen, semangat dan kesungguhan yang diberikan sepanjang program berlangsung.

 Ayuh sertai Program Pemantapan Islam di Kompleks as-Sa'adah siri seterusnya pada 26 dan 27 September 2026 akan datang ini. Pendaftaran boleh dibuat dengan mengisi borang pada pautan https://forms.gle/98SbRCvvTxxY83XJ6. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi talian 06-762 2144.



Aktiviti Agihan MAINS

<img>

Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14,
Menara MAINS, Jalan Taman Bunga,
70100 Seremban, Negeri Sembilan.

info@mains.gov.my
06-7651402 / 06-7620643

ADUAN / PERTANYAAN

Klik Di Sini 
untuk bertanyakan
sebarang soalan.

JUMLAH PELAWAT

Kiraan Pelawat Bermula 13-1-2026

MEDIA SOSIAL

  • Threads
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok

Copyright © 2026  Majlis Agama Islam Negeri Sembilan                          Kemaskini Akhir : 22-Okt-2026

bottom of page