top of page

SANTUNI BALU BESARKAN CUCU YATIM

5 Sep
1 min membaca

MAINS telah melaksanakan kunjungan Ziarah Kasih ke Kampung Jerang, Simpang Durian, Jelebu bagi menyantuni sebuah keluarga yang berdepan kesukaran hidup apabila seorang balu kini memikul tanggungjawab membesarkan cucunya yang kehilangan ibu sejak berusia 10 hari.

Kanak-kanak berkenaan kini berusia enam tahun dan masih berada di bawah jagaan neneknya bersama seorang pakcik yang tinggal serumah. Urusan persekolahannya turut banyak dibantu dan diuruskan oleh pakciknya yang baru sahaja berhenti kerja selepas tamat tempoh kontrak sebagai pengawal keselamatan.

Kunjungan tersebut dilaksanakan susulan aduan orang awam berhubung keadaan keluarga berkenaan yang berdepan tunggakan bil air sehingga menyebabkan bekalan air terputus hampir enam hari. Sepanjang tempoh tersebut, jiran-jiran yang prihatin turut tampil membantu memenuhi keperluan harian mereka.

Dalam kunjungan berkenaan, MAINS telah menyampaikan bantuan tunai segera bagi meringankan beban keluarga tersebut. Pada masa sama, anak yang tinggal bersama sedang menguruskan permohonan bantuan lain untuk ibunya melalui sistem permohonan zakat secara dalam talian.

MAINS turut mengambil maklum keadaan keluarga berkenaan yang serba kekurangan dan sedang mempertimbangkan bantuan bulanan asnaf, tertakluk kepada penilaian kelayakan berdasarkan Had Kifayah.

Alhamdulillah, keprihatinan masyarakat telah menjadi jambatan yang menghubungkan keluarga ini dengan bantuan yang diperlukan. Ia membuktikan bahawa sikap cakna dan semangat saling membantu amat penting agar mereka yang sedang diuji tidak berasa bersendirian dan terpinggir.

Semoga bantuan yang disampaikan dapat memberikan sedikit kelegaan serta kekuatan kepada keluarga ini untuk terus menjalani kehidupan dengan tabah.

MAINS turut merakamkan penghargaan kepada para pembayar zakat, masyarakat setempat serta jiran-jiran yang sentiasa prihatin dan tidak memandang sepi kesusahan mereka yang memerlukan.


Aktiviti Agihan MAINS

<img>

Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14,
Menara MAINS, Jalan Taman Bunga,
70100 Seremban, Negeri Sembilan.

info@mains.gov.my
06-7651402 / 06-7620643

ADUAN / PERTANYAAN

Klik Di Sini 
untuk bertanyakan
sebarang soalan.

JUMLAH PELAWAT

Kiraan Pelawat Bermula 13-1-2026

MEDIA SOSIAL

  • Threads
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok

Copyright © 2026  Majlis Agama Islam Negeri Sembilan                          Kemaskini Akhir : 22-Okt-2026

bottom of page