top of page

PROGRAM KELUARGA BAHAGIA ‘BAITI JANNATI’ SATUKAN KELUARGA ASNAF

24 Ogo
1 min membaca

Hujung minggu lalu, MAINS telah menganjurkan Program Keluarga Bahagia ‘Baiti Jannati’ bagi asnaf-asnaf di Jempol dan Gemas bertempat di Grand Swiss-Belhotel Melaka dengan melibatkan seramai 80 orang peserta.

Penganjuran program ini merupakan satu inisiatif bagi meningkatkan kesedaran tentang pentingnya menghargai nikmat berkeluarga serta menerima setiap ketentuan dan takdir Allah SWT dengan penuh reda dan kesyukuran. Pelbagai aktiviti berkumpulan yang melibatkan ibu bapa dan anak-anak telah dilaksanakan bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan, membina komunikasi yang lebih baik serta memupuk semangat saling menyokong antara satu sama lain.

Dalam program ini turut diisi dengan pengisian Forum Keluarga Bahagia yang menampilkan Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Kaunseling dan Pembangunan Sahsiah, MAINS, Pn. Fadilah Mohamed bersama Pegawai MAINS Daerah Jempol, Ust. Muttaqin Mohd Fakiri sebagai panel.

Program ini diharapkan dapat memberi pengalaman bermakna kepada keluarga asnaf dalam membina hubungan yang lebih erat serta menyemai kefahaman bahawa kebahagiaan keluarga bukan diukur melalui kemewahan, tetapi melalui kasih sayang, penerimaan, komunikasi dan keikhlasan dalam menjalani kehidupan bersama.


 
 

Aktiviti Agihan MAINS

<img>

Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14,
Menara MAINS, Jalan Taman Bunga,
70100 Seremban, Negeri Sembilan.

info@mains.gov.my
06-7651402 / 06-7620643

ADUAN / PERTANYAAN

Klik Di Sini 
untuk bertanyakan
sebarang soalan.

JUMLAH PELAWAT

Kiraan Pelawat Bermula 13-1-2026

MEDIA SOSIAL

  • Threads
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok

Copyright © 2026  Majlis Agama Islam Negeri Sembilan                          Kemaskini Akhir : 22-Okt-2026

bottom of page