top of page

GOTONG-ROYONG TANAH PERKUBURAN MASJID JAMEK BAHAU

22 Ogo
1 min membaca

Sebuah Program Kerjasama Gotong-royong Perdana Tanah Perkuburan Kariah Masjid Jamek Bahau Jalan Jelai telah berjaya dilaksanakan bagi memperkasakan semangat kesukarelawanan serta memupuk kerjasama strategik antara agensi kerajaan dan komuniti setempat dalam memastikan kawasan tanah perkuburan sentiasa berada dalam keadaan bersih, terurus dan kondusif.

Program yang berlangsung bermula pukul 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari ini melibatkan aktiviti pembersihan kawasan, penyelenggaraan persekitaran serta kerja-kerja menceriakan tanah perkuburan sebagai tanda penghormatan kepada mereka yang telah kembali ke rahmatullah.

Pelaksanaan program merupakan hasil kerjasama antara Kariah Masjid Jamek Bahau, Masjid IOI, MAINS (Daerah Jempol) , JHEAINS Daerah Jempol, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) dengan sokongan para sukarelawan dan komuniti setempat.

Semoga usaha murni seperti ini dapat diteruskan dalam menyemarakkan budaya bergotong-royong, mengeratkan ukhuwah serta menyuburkan rasa tanggungjawab bersama dalam memelihara kemudahan awam demi manfaat masyarakat. Turut hadir Pegawai MAINS Daerah Jempol, Ust. Muttaqin Fakiri.


Aktiviti Agihan MAINS

<img>

Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14,
Menara MAINS, Jalan Taman Bunga,
70100 Seremban, Negeri Sembilan.

info@mains.gov.my
06-7651402 / 06-7620643

ADUAN / PERTANYAAN

Klik Di Sini 
untuk bertanyakan
sebarang soalan.

JUMLAH PELAWAT

Kiraan Pelawat Bermula 13-1-2026

MEDIA SOSIAL

  • Threads
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok

Copyright © 2026  Majlis Agama Islam Negeri Sembilan                          Kemaskini Akhir : 22-Okt-2026

bottom of page