TAKLIMAT 29 ORANG PELAJAR TAJAAN MAINS KE TIMUR TENGAH

Hasil zakat, MAINS pada hari ini menjalankan Taklimat Perjanjian Pelajar Tajaan ke Timur Tengah bagi memberi penerangan berkaitan perjanjian tajaan serta persediaan kepada para pelajar sebelum melanjutkan pengajian ke Timur Tengah.
Program dimulakan dengan ucapan aluan Pengerusi Majlis, diikuti taklimat perjanjian pelajar oleh Penasihat Undang-Undang MAINS, Tn. Romy Norfidzy Roslan serta sesi soal jawab dan taklimat ringkas penerbangan.
Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan oleh Timbalan Pengerusi MAINS, Jen. (B) Tan Sri Dato’ Seri Mohd Shahrom Dato’ Hj Nordin dan Setiausaha MAINS, Tn. Hj. Zainal Said.
Turut dimaklumkan bahawa wakalah bagi pelajar tajaan ini turut disumbangkan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang diwakili oleh Pengurus Besar, TNB Negeri Sembilan, Ir. Hj. Mohd Zaiddy Mat Rajali. Turut hadir Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pendidikan JHEAINS, Ust. Mohd Taufik Alias.
Program turut diserikan dengan penyampaian cenderamata dan jamuan minum petang. Semoga para pelajar tajaan MAINS dipermudahkan segala urusan dan memperoleh kejayaan dalam menuntut ilmu di Timur Tengah.
Terima kasih pembayar zakat.



