top of page

Aktiviti Agihan Zakat, Wakaf & Fidyah

ZAKAT


SAMBUTAN AIDILADHA ASNAF FAKIR, MISKIN JELEBU
Sebuah sambutan Aidiladha bersama para asnaf dalam kategori fakir dan miskin dalam daerah Jelebu telah diadakan semalam dengan jayanya di perkarangan PAID, Jelebu. Program dimulakan seawal pukul 8.00 pagi dengan pelaksanaan ibadah korban sebanyak 5 ekor lembu yang telah disumbangkan oleh One Dream Legacy Cawangan Sendayan. Proses penyembelihan dan melapah dijalankan dengan penglibatan sukarelawan serta komuniti setempat bagi memastikan perjalanan program berjalan lancar. Sera
31 Mei


SAMBUTAN HARI RAYA AIDILADHA DENGAN KERJASAMA MASJID KARIAH LUKUT
Di Port Dickson, sempena sambutan Hari Raya Aidiladha, MAINS (Daerah Port Dickson) dengan kerjasama Masjid Kariah Lukut telah menganjurkan Program Korban serta Sesi Kemaskini Data Maklumat Asnaf Kariah Lukut yang berlangsung di Masjid Kariah Lukut, hari ini. Program ini bukan sahaja menyantuni masyarakat melalui ibadah korban, malah menjadi medan mendekati dan memahami keperluan golongan asnaf agar bantuan yang disalurkan lebih tersusun dan tepat kepada mereka yang memerlukan
27 Mei


PROGRAM PEMBANGUNAN SAHSIAH UNGGUL
Sebuah Program Pembangunan Sahsiah Unggul bagi siri kedua tahun ini khusus untuk anak-anak asnaf MAINS dalam kawasan Seremban 2 dan Port Dickson telah berlangsung selama 2 hari 1 malam di Klana Beach Resort Port Dickson. Program yang dihadiri seramai 40 orang peserta ini diadakan bertujuan untuk mengenal pasti emosi, pemikiran dan tingkah laku bermasalah dalam kalangan anak-anak asnaf. Program juga diharapkan dapat membangunkan potensi diri peserta selepas ini sekaligus menin
25 Mei


BANTUAN KOMPUTER RIBA
Alhamdulillah, terima kasih buat para pembayar zakat. Adik-adik daripada keluarga asnaf di kawasan Senawang ini telah mendapat bantuan komputer riba bagi keperluan pembelajaran mereka di IPT. Bantuan komputer riba kepada anak-anak asnaf MAINS ini adalah sebuah inisiatif agihan zakat yang proaktif selain bantuan permulaan kemasukan ke IPT, sara hidup dan bantuan yuran semester. Inilah komitmen MAINS dalam memastikan pembelaan kebajikan anak-anak asnaf di menara gading tanpa ke
12 Mei


ZIARAH KASIH SYAWAL MAINS
Ziarah Kasih Syawal MAINS diteruskan pada hari ini di sekitar Port Dickson dan sekitar Seremban 2 bagi menyantuni golongan asnaf dan awam terlantar yang memerlukan perhatian dan sokongan. Sebanyak 10 buah keluarga yang diuji dengan kesihatan sehingga keadaan diri yang terbatas untuk bergerak telah diziarahi pada hari ini. Antara yang dapat dikongsikan adalah seorang isteri pesakit strok terlantar sejak tahun 2018, seorang pesakit jantung dan seorang kanak-kanak istimewa 'down
1 Apr


PROGRAM SAMBUTAN SINAR SYAABAN ASNAF FAKIR MISKIN NILAI
NILAI, 30 Jan. – Program Sambutan Sinar Syaaban Asnaf Fakir Miskin Nilai telah dilaksanakan pada pagi tadi bertempat di Masjid Kariah Kampung Daching, Lenggeng dengan penyertaan seramai 106 orang golongan asnaf fakir dan miskin dari Masjid Kariah Daching, Masjid Kariah Sungai Jai, Masjid Kariah Ulu Beranang, Masjid Kariah Machang Hilir, Masjid Kariah Machang Hulu, Masjid Kariah Lenggeng dan Masjid Kariah Mendom. Program ini telah dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Timbala
30 Jan


PROGRAM ISRAK MIKRAJ BERSAMA ASNAF FAKIR MISKIN DAERAH KUALA PILAH
KUALA PILAH, 29 Jan - Program Israk Mikraj bersama Asnaf Fakir Miskin Daerah Kuala Pilah telah dilaksanakan pada pagi tadi bertempat di Masjid Kariah Senaling, Kuala Pilah sebagai usaha berterusan MAINS dalam mengimarahkan masjid serta menyantuni golongan yang memerlukan. Program ini diserikan dengan ceramah Israk Mikraj yang telah disampaikan oleh Timbalan Pegawai Agama Islam Daerah, JHEAINS Kuala Pilah, Muhammad Abdul Hadi Ismut. Seramai 141 orang golongan asnaf fakir dan m
29 Jan


PELAJAR TAJAAN ZAKAT TERPAKSA DIBAWA PULANG SEGERA KE MALAYSIA UNTUK RAWATAN
Seorang pelajar tahun 2 jurusan Syariah Islamiah, Universiti al-Azhar, Mesir dengan tajaan zakat terpaksa dibawa pulang segera ke Malaysia untuk rawatan akibat kelemahan fungsi separuh badan bahagian kiri. Dengan turut diiringi Pegawai Khas Kebajikan Pelajar MAINS Kaherah, Muhammad Auf Norzan, pelajar ini telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sekitar jam 8 malam semalam dan turut disambut ahli keluarga terdekat bersama kakitangan Bahagian Agihan MAIN
6 Ogo 2025


ZIARAH KASIH ASNAF TERLANTAR @ JOHOL
Mengakhiri siri Ziarah Kasih, MAINS telah menyantuni 3 orang asnaf terlantar akibat strok di sekitar Johol. Amanah zakat MAINS telah membantu nereka sebelum ini dengan bantuan-bantuan kewangan, perubatan, pendidikan dan lain-lain lagi. Ziarah turut melihat keperluan-keperluan terkini selain bertanya khabar mengenai kehidupan semasa. Turut sama dalam ziarah ialah Pembantu Agihan MAINS (Cawangan Johol) Mohamad Sharizal Tajudin bersama Penolong Pegawai, Unit Kebajikan dan Kesiha
24 Jul 2025
bottom of page
