BANTUAN KOMPUTER RIBA
- 12 Mei
- 1 min membaca
Updated: 10 Jun

Alhamdulillah, terima kasih buat para pembayar zakat. Adik-adik daripada keluarga asnaf di kawasan Senawang ini telah mendapat bantuan komputer riba bagi keperluan pembelajaran mereka di IPT.
Bantuan komputer riba kepada anak-anak asnaf MAINS ini adalah sebuah inisiatif agihan zakat yang proaktif selain bantuan permulaan kemasukan ke IPT, sara hidup dan bantuan yuran semester. Inilah komitmen MAINS dalam memastikan pembelaan kebajikan anak-anak asnaf di menara gading tanpa keciciran, insya-Allah.
Untuk pengetahuan juga, bantuan kamputer riba ini boleh dimohon sekali sepanjang pengajian anak-anak asnaf dan harga yang diperuntukkan mungkin berlainan mengikut spesifikasi keperluan kursus pengajian.
Alhamdulillah. Semoga adik-adik dapat memanfaatkan bantuan ini dan berjaya mengubah nasib keluarga suatu hari nanti.



