SAMBUTAN HARI RAYA AIDILADHA DENGAN KERJASAMA MASJID KARIAH LUKUT
- 27 Mei
- 1 min membaca

Di Port Dickson, sempena sambutan Hari Raya Aidiladha, MAINS (Daerah Port Dickson) dengan kerjasama Masjid Kariah Lukut telah menganjurkan Program Korban serta Sesi Kemaskini Data Maklumat Asnaf Kariah Lukut yang berlangsung di Masjid Kariah Lukut, hari ini.
Program ini bukan sahaja menyantuni masyarakat melalui ibadah korban, malah menjadi medan mendekati dan memahami keperluan golongan asnaf agar bantuan yang disalurkan lebih tersusun dan tepat kepada mereka yang memerlukan.
Ceramah bertajuk 'Pengajaran Melalui Kisah Nabi Ibrahim' telah disampaikan oleh Pengerusi Masjid Kariah Lukut, Ust. Abdul Shahiid Shafruddin yang mengingatkan hadirin tentang nilai taat, sabar dan pengorbanan dalam kehidupan seharian.
Seramai 78 orang asnaf Kariah Lukut turut terlibat dalam sesi kemaskini maklumat yang dijalankan. Semoga semangat Aidiladha ini terus menyuburkan rasa ihsan, memperkukuh ukhuwah dan mengingatkan kita bahawa setiap pengorbanan yang dilakukan dengan ikhlas pasti membawa keberkatan.



