top of page

PROGRAM SAMBUTAN SINAR SYAABAN ASNAF FAKIR MISKIN NILAI

  • 30 Jan
  • 1 min membaca

Updated: 26 Mei


NILAI, 30 Jan. – Program Sambutan Sinar Syaaban Asnaf Fakir Miskin Nilai telah dilaksanakan pada pagi tadi bertempat di Masjid Kariah Kampung Daching, Lenggeng dengan penyertaan seramai 106 orang golongan asnaf fakir dan miskin dari Masjid Kariah Daching, Masjid Kariah Sungai Jai, Masjid Kariah Ulu Beranang, Masjid Kariah Machang Hilir, Masjid Kariah Machang Hulu, Masjid Kariah Lenggeng dan Masjid Kariah Mendom.


Program ini telah dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Lenggeng, Dato' Mohd. Asna Amin, serta diisi dengan pengisian rohani yang disampaikan oleh penceramah jemputan, Muhammad Naim Saadon.


Setiap asnaf yang hadir turut menerima saguhati kehadiran yang telah disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Agihan MAINS, Muttaqin Mohd. Fakiri bersama Pegawai MAINS Cawangan Nilai, Nur Azizah Abd. Aziz.

Aktiviti Agihan MAINS

<img>

Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14,
Menara MAINS, Jalan Taman Bunga,
70100 Seremban, Negeri Sembilan.

info@mains.gov.my
06-7651402 / 06-7620643

ADUAN / PERTANYAAN

Klik Di Sini 
untuk bertanyakan
sebarang soalan.

JUMLAH PELAWAT

Kiraan Pelawat Bermula 13-1-2026

MEDIA SOSIAL

  • Threads
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok

Copyright © 2026  Majlis Agama Islam Negeri Sembilan                          Kemaskini Akhir : 23-Jun-2026

bottom of page