PROGRAM ISRAK MIKRAJ BERSAMA ASNAF FAKIR MISKIN DAERAH KUALA PILAH
- 29 Jan
- 1 min membaca
Updated: 26 Mei

KUALA PILAH, 29 Jan - Program Israk Mikraj bersama Asnaf Fakir Miskin Daerah Kuala Pilah telah dilaksanakan pada pagi tadi bertempat di Masjid Kariah Senaling, Kuala Pilah sebagai usaha berterusan MAINS dalam mengimarahkan masjid serta menyantuni golongan yang memerlukan.
Program ini diserikan dengan ceramah Israk Mikraj yang telah disampaikan oleh Timbalan Pegawai Agama Islam Daerah, JHEAINS Kuala Pilah, Muhammad Abdul Hadi Ismut.
Seramai 141 orang golongan asnaf fakir dan miskin telah menerima manfaat menerusi program ini yang melibatkan kariah Masjid Senaling, Masjid Saidina Ali, Masjid Sungai Dua Besar, Masjid Sungai Dua Kecil, Masjid Kuala Sungai Dua, Masjid Rembang Panas, Masjid Terusan Seberang, Masjid Bemban, Masjid Tanah Melintang dan Masjid Gachong. Setiap asnaf yang hadir turut menerima saguhati kehadiran yang telah disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Agihan MAINS, Muttaqin Mohd. Fakiri dan diiringi oleh Pegawai MAINS Daerah Kuala Pilah, Syed Mazlan Syed Azizan sebagai tanda keprihatinan dan sokongan berterusan terhadap kebajikan golongan yang memerlukan.



