top of page

PELAJAR TAJAAN ZAKAT TERPAKSA DIBAWA PULANG SEGERA KE MALAYSIA UNTUK RAWATAN

  • 6 Ogo 2025
  • 1 min membaca

Updated: 10 Jun


Seorang pelajar tahun 2 jurusan Syariah Islamiah, Universiti al-Azhar, Mesir dengan tajaan zakat terpaksa dibawa pulang segera ke Malaysia untuk rawatan akibat kelemahan fungsi separuh badan bahagian kiri.


Dengan turut diiringi Pegawai Khas Kebajikan Pelajar MAINS Kaherah, Muhammad Auf Norzan, pelajar ini telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sekitar jam 8 malam semalam dan turut disambut ahli keluarga terdekat bersama kakitangan Bahagian Agihan MAINS.


Dalam kesempatan yang ada, maklumat-maklumat lanjut berkaitan keadaan semasa kesihatan pelajar ini serta keperluan rawatan yang bakal dijalani telah diambil maklum. MAINS akan meneliti bentuk bantuan yang boleh disalurkan termasuk mempertimbangkan untuk menampung sebahagian kos rawatan.


MAINS sentiasa komited dan beriltizam dalam memastikan kebajikan pelajar-pelajar tajaan zakat sentiasa diberi perhatian khususnya melibatkan hal-hal kesihatan dan keselamatan mereka.


Hadir menyambut kepulangan pelajar ini ialah Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Agihan, MAINS, Muttaqin Mohd. Fakiri bersama kakitangan Unit Pendidikan, MAINS, Mohd. Irfan Aqil Kamaruddin dan Fadli Wahab.

Aktiviti Agihan MAINS

<img>

Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14,
Menara MAINS, Jalan Taman Bunga,
70100 Seremban, Negeri Sembilan.

info@mains.gov.my
06-7651402 / 06-7620643

ADUAN / PERTANYAAN

Klik Di Sini 
untuk bertanyakan
sebarang soalan.

JUMLAH PELAWAT

Kiraan Pelawat Bermula 13-1-2026

MEDIA SOSIAL

  • Threads
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok

Copyright © 2026  Majlis Agama Islam Negeri Sembilan                          Kemaskini Akhir : 23-Jun-2026

bottom of page