ZIARAH KASIH SYAWAL MAINS
- 1 Apr
- 1 min membaca
Updated: 10 Jun

Ziarah Kasih Syawal MAINS diteruskan pada hari ini di sekitar Port Dickson dan sekitar Seremban 2 bagi menyantuni golongan asnaf dan awam terlantar yang memerlukan perhatian dan sokongan.
Sebanyak 10 buah keluarga yang diuji dengan kesihatan sehingga keadaan diri yang terbatas untuk bergerak telah diziarahi pada hari ini.
Antara yang dapat dikongsikan adalah seorang isteri pesakit strok terlantar sejak tahun 2018, seorang pesakit jantung dan seorang kanak-kanak istimewa 'down syndrome' berumur 9 tahun.
Ziarah juga telah menyantuni seorang suami yang menjaga isteri diuji dengan sakit buah pinggang dan seorang isteri yang menjaga suaminya yang terlantar akibat tulang anggota badan rapuh
Ziarah seterusnya ke sekitar Seremban 2 melawat seorang wanita yang pernah tular beritanya suatu ketika dahulu akibat didera oleh 'lelaki durjana' dan seorang pesakit terlantar hampir 8 tahun akibat kemalangan jalan raya.
Turut serta dalam ziarah ialah Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Agihan, MAINS, Ust. Muttaqin Mohd Fakiri, Pegawai MAINS Daerah Port Dickson, Pn. Norazlina Maarof, Pegawai MAINS Cawangan Seremban 2, Ust. Zaharudin Mat Derus dan kakitangan ibu pejabat.



