top of page

Aktiviti Agihan Zakat, Wakaf & Fidyah



MAINS TERUS BERSAMA ASNAF
Daripada bantuan RM250 sebulan, kini mampu mengusahakan ratusan ekor ikan. MAINS terus bersama usahawan asnaf, membantu mereka membina kehidupan yang lebih berdikari dan mampan. #MAINS #MAINSbantu https://www.facebook.com/share/r/1EiuS4MNid/
12 Ogo


KASIH IBU YANG MEMBAWA KE SYURGA
Kasih ibu yang membawa ke syurga. Setia menjaga seorang anak berusia 36 tahun yang kini terlantar akibat strok dan seorang lagi mengalami penyakit saraf sejak kecil. Zakat hadir membantu dengan sumbangan wang ringgit serta susu khas dan lampin pakai buang secara bulanan. Terima kasih pembayar zakat. #MAINS #MAINSbantu #ZakatNS https://www.facebook.com/share/r/1BVVTCuNGa/
25 Jun


ZAKAT BANTU RUMAH MAWADDAH
Asnaf MAINS dalam kategori fakir yang tinggal di Kampung Ulu Ladang, Gemas, Pn. Rafeah Abu Bakar telah menerima serahan kunci bantuan Rumah Mawaddah. Bersumberkan zakat juga, beliau yang hidup bersendirian turut menerima bantuan kewangan bulanan dan barangan dapur bagi membantu kelangsungan kehidupan hariannya. Terima kasih pembayar zakat. #MAINS #MAINSbantu #RumahMawaddah https://www.facebook.com/share/v/1F4Lg71UkY/
24 Jun


RUMAH MAWADDAH PASANGAN ASNAF WARGA EMAS
Semoga pasangan asnaf warga emas ini dapat menjalani kehidupan yang lebih baik dengan bantuan bina baharu Rumah Mawaddah. Terima kasih pembayar zakat. #MAINS #MAINSbantu #RumahMawaddah https://www.facebook.com/share/v/1CW1FhsZRi/
12 Jun


ANAK ASNAF CEMERLANG SPM SEREMBAN
Doakan anak asnaf cemerlang SPM di Seremban ini berjaya menggapai cita-cita menjadi peguam suatu hari nanti. Terima kasih pembayar zakat. #MAINS #MAINSbantu #ZakatNS https://www.facebook.com/share/v/1BxRqgu9tf/
20 Mei


ANAK ASNAF CEMERLANG SPM SENAWANG
Di Senawang, kekuatan dan kegigihan ibu menjadi simbol kejayaan 3 orang anak-anak asnaf ini mendapat 8A dalam SPM lepas. Terima kasih pembayar zakat. #MAINS #MAINSbantu #SPM2025 https://www.facebook.com/share/v/1BxRqgu9tf/
18 Mei


BANTUAN RUMAH MAWADDAH UNTUK MAK CIK UMI
Mak cik Umi, 75 tahun, tinggal bersama 2 orang anak tidak berkeupayaan di Kampung Daching Hilir, kini memiliki Rumah Mawaddah yang lebih selesa hasil amanah zakat MAINS. Terima kasih pembayar zakat. Tanggungjawab yang anda lunaskan menghadirkan harapan. #MAINS #MAINSbantu #ZakatNS https://www.facebook.com/share/v/1DPGBNoRCK/
14 Mei


ANAK-ANAK ASNAF REMBAU CEMERLANG SPM
Seorang anak asnaf cemerlang SPM di Rembau bercita-cita menjadi Saintis Teknologi Nano. Doakan beliau dan anak-anak asnaf yang lain. Terima kasih pembayar zakat. #MAINS #MAINSbantu https://www.facebook.com/share/r/1UzA6XjdDH/
7 Mei


BANTUAN MESIN O2 RM17,000
Zakat anda membantu anak muda ini dapat bernafas seperti insan lain dan mengelakkan komplikasi jantung yang lebih teruk. Terima kasih pembayar zakat. #MAINS #ZakatNS #MAINSbantu
5 Mei
bottom of page
