top of page

Aktiviti Agihan Zakat, Wakaf & Fidyah



USAHAWAN ASNAF MAINS : TERNAKAN MADU KELULUT
Usahawan Asnaf MAINS yang sedang meningkat naik dan berkembang perniagaannya dalam ternakan madu kelulut. Ayuh sokong produk Mat Tedendeng Signature (TikTok) yang tinggal di Kampung Rembang Panas, Kuala Pilah. Semuanya bermula dengan rezeki yang anda kongsikan melalui tanggungjawab zakat yang ditunaikan. Alhamdulillah. https://www.facebook.com/share/r/1AhjHanxG7/
7 Sep


USAHAWAN ASNAF MENGUSAHAKAN PROJEK PENTERNAKAN IKAN
MAINS hari ini turun padang menziarahi seorang usahawan asnaf yang mengusahakan projek penternakan ikan di kediamannya di Kampung Paya Lama, Lorong Alur Sungai, Port Dickson. Usahawan berkenaan, En. P. Muhomed Ibrahim Mohd. Sharif, 65, menghidap penyakit jantung kronik yang menjejaskan keupayaan beliau menguruskan projek penternakan secara optimum. Beliau tinggal bersama isterinya yang bekerja sebagai pekerja pembersihan di Sekolah Vokasional Port Dickson. Pasangan ini mempun
7 Ogo


KEYAKINAN DIBINA, POTENSI DIGILAP
Bukan semua usahawan dilahirkan dengan keyakinan untuk bercakap di hadapan kamera. Namun dengan ilmu, latihan dan bimbingan yang berterusan, keyakinan itu mampu dibina. Seramai 40 orang Usahawan Asnaf MAINS telah menyertai Program Karisma Depan Kamera yang diadakan di Hotel Royale Chulan. Program setengah hari ini telah dirasmikan oleh Pengarah, Jabatan Zakat, MAINS, Tn. Mahadi Ali dan turut disertai oleh 30 orang pegawai MAINS. Program ini merupakan sebahagian daripada usaha
29 Jun
bottom of page
