top of page

Aktiviti Agihan Zakat, Wakaf & Fidyah



KASIH IBU YANG MEMBAWA KE SYURGA
Kasih ibu yang membawa ke syurga. Setia menjaga seorang anak berusia 36 tahun yang kini terlantar akibat strok dan seorang lagi mengalami penyakit saraf sejak kecil. Zakat hadir membantu dengan sumbangan wang ringgit serta susu khas dan lampin pakai buang secara bulanan. Terima kasih pembayar zakat. #MAINS #MAINSbantu #ZakatNS https://www.facebook.com/share/r/1BVVTCuNGa/
25 Jun


ANAK ASNAF CEMERLANG SPM SEREMBAN
Doakan anak asnaf cemerlang SPM di Seremban ini berjaya menggapai cita-cita menjadi peguam suatu hari nanti. Terima kasih pembayar zakat. #MAINS #MAINSbantu #ZakatNS https://www.facebook.com/share/v/1BxRqgu9tf/
20 Mei


BANTUAN RUMAH MAWADDAH UNTUK MAK CIK UMI
Mak cik Umi, 75 tahun, tinggal bersama 2 orang anak tidak berkeupayaan di Kampung Daching Hilir, kini memiliki Rumah Mawaddah yang lebih selesa hasil amanah zakat MAINS. Terima kasih pembayar zakat. Tanggungjawab yang anda lunaskan menghadirkan harapan. #MAINS #MAINSbantu #ZakatNS https://www.facebook.com/share/v/1DPGBNoRCK/
14 Mei


BANTUAN MESIN O2 RM17,000
Zakat anda membantu anak muda ini dapat bernafas seperti insan lain dan mengelakkan komplikasi jantung yang lebih teruk. Terima kasih pembayar zakat. #MAINS #ZakatNS #MAINSbantu
5 Mei


ZIARAH KASIH SYAWAL
Ziarah Kasih Syawal ke 9 buah keluarga uzur, terlantar dan OKU di sekitar Seremban dan Senawang. #MAINS #ZakatNS #MAINSBantu https://www.facebook.com/share/v/19BtKGjKAW/
31 Mac


BANTUAN RUMAH MAWADDAH
Rumah asnaf warga emas di Pasir Panjang ini telah dibina semula menggunakan amanah zakat MAINS. Terima kasih pembayar zakat. #RumahMawaddah #MAINS #MAINSbantu #ZakatNS https://www.facebook.com/share/r/1DtVTu1goW/
10 Mac


RM1 JUTA BANTUAN KELENGKAPAN SEKOLAH ANAK ASNAF FAKIR & MISKIN 2026
RM1 juta diperuntukkan untuk kelengkapan sekolah anak-anak asnaf tahun 2026. Terima kasih pembayar zakat. #MAINS #MAINSbantu #ZakatNS https://www.facebook.com/share/r/194BqkycRi/
4 Dis 2025


BANTUAN RUMAH MAWADDAH
Bantuan Rumah Mawaddah berjumlah RM98,924.75 di Kampung Melayu Panchor. Terima kasih pembayar zakat. #MAINS #MAINSbantu #ZakatNS https://www.facebook.com/share/r/1DxBR7iBA7/
17 Nov 2025


RM171,500 BIAYAI ANAK-ANAK ASNAF KE KOLEJ UNIVERSITI IJN
Selamat Maju Jaya diucapkan kepada anak-anak asnaf yang telah memulaksn Program Latihan Pembantu Perawatan Perubatan di IJNUC. Terima kasih pembayar zakat. #MAINS #ZakatNS #MAINSbantu #fypツ #BerbaktiKeranaAllah https://www.facebook.com/share/r/19SMoc5qSq/
30 Okt 2025
bottom of page
