PROGRAM PEMANTAPAN ISLAM : ASAS AKIDAH SIRI 3

Program Pemantapan Islam: Asas Akidah Siri 3 telah dilaksanakan pada hujung minggu lalu dengan penyertaan para mualaf berdaftar di Negeri Sembilan.
Program ini memberi penekanan kepada pengukuhan asas keimanan melalui pembelajaran Rukun Islam dan Rukun Iman secara interaktif, santai dan menyeronokkan. Para peserta bukan sahaja didedahkan kepada pembelajaran secara teori, malah turut terlibat dalam pelbagai aktiviti yang menguji kefahaman serta membantu mengukuhkan ingatan terhadap ilmu yang dipelajari.
Terima kasih diucapkan kepada semua peserta atas komitmen, semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan sepanjang program berlangsung.
Program ini merupakan antara usaha berterusan Kompleks as-Sa’adah (KAS) dalam memperkukuh asas pendidikan Islam, khususnya dalam bidang akidah, di samping membimbing para mualaf untuk lebih memahami, menghayati dan mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan seharian.
KAS komited untuk terus menjadi wadah ilmu dan bimbingan kepada saudara kita dalam perjalanan mengenali serta mendalami Islam.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi KAS MAINS di talian 06-762 2144.



