SUMBANGAN AGIHAN WAKAF & ANUGERAH RAKAN STRATEGIK
- 6 Nov 2025
- 1 min membaca
Updated: 25 Mei

Turut diadakan dalam Majlis 'Hi-Tea' Apresiasi MAINS 2025 adalah penyerahan cek cura sumbangan sgihan wakaf yang merangkumi aset kepada 3 sektor iaitu sektor kesihatan, pendidikan dan sosioekonomi. Cek cura pertama disampaikan kepada sektor kesihatan dengan sumbangan kepada Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan berjumlah RM106,500.00 manakala sektor kedua diterima oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan berjumlah RM2,380,127.39 dan sektor ketiga adalah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan dengan jumlah RM384,848.47. Sumbangan penyerahan cek cura Dana Wakaf Tunai oleh Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) mengikuti yang mana ianya merupakan hasil kutipan wakaf tunai daripada YWM sebagai ejen wakaf MAINS.
Penyerahan seterusnya adalah penyampaian Anugerah Majikan Zakat dan Wakaf dengan anugerah ini dipilih oleh MAINS atas sumbangan zakat dan wakaf yang besar dan secara konsisten dan juga menguruskan potongan gaji kakitangan yang tertinggi. Penerima Anugerah Majikan Zakat dan Wakaf adalah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS), Majlis Bandaraya Seremban (MBS), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dan Universiti Teknologi MARA Cawangan Negeri Sembilan (UiTMCNS).
Penerima anugerah seterusnya adalah Rakan Biz MAINS iaitu Bahau Pharmacy Sdn. Bhd., Senawang Stainless Steel dan Syarikat Amin (Pasar Mini Norgamiz) serta penyerahan Mutawalli MAINS kepada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Turut diraikan ialah Ikon Wakaf Individu iaitu pewakaf utama Masjid al-Karim Qaryah Geduhom, Azman Karim.
Majlis telah disempurnakan oleh Pengerusi MAINS, Dato' Seri Dr. Abdul Aziz Sheikh Ab Kadir diiringi Setiausaha MAINS, Zainal Said, Timbalan Ketua Jabatan Kewangan Sosial, Bank Mualamat Malaysia Berhad, Mohd Azim Mohd Saufi dan Ketua Pegawai Eksekutif, YWM, Dr. Ridzwan Bakar.


