LAWATAN KERJA PROJEK RUMAH MAMPU MILIK (RMM)
- 21 Apr
- 1 min membaca

Sebuah lawatan kerja ke projek Rumah Mampu Milik (RMM) telah dijalankan bertujuan untuk meninjau perkembangan serta pelaksanaan yang merupakan sebahagian inisiatif kerjasama Wakaf Negeri Sembilan Muamalat (WNSM). Projek yang terletak di Iringan Bayu, Mambau ini telah dilawati oleh Pengarah, Jabatan Wakaf dan Mal, MAINS, Tn. Hj. Norazman Amat bersama Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Wakaf MAINS, Ust. Ahmad Naim Azlan. Diharapkan usaha ini dapat terus memperkasa pembangunan projek berteraskan wakaf demi manfaat dan kesejahteraan masyarakat.

