AGIHAN WAKAF NAIK TARAF PUSAT SUMBER SMK BUKIT KEPAYANG
- 10 Mac 2025
- 1 min membaca

MAINS dengan kerjasama Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) melalui Wakaf Negeri Sembilan Muamalat (WNSM) telah melaksanakan agihan wakaf kepada SMK Bukit Kepayang bagi tujuan baik pulih dan naik taraf Pusat Sumber Sekolah (PSS) menjadi studio dengan jumlah keseluruhan bernilai RM57,320.00. Simbolik sumbangan telah diserahkan oleh Pengarah, Jabatan Wakaf MAINS, Norazman Amat kepada Pengetua SMK Bukit Kepayang, Suhana Sabran. Turut hadir Ketua Kewangan Sosial, BMMB, Zaharuddin Alias dan Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Wakaf MAINS, Alimazri Mauludin.

