PROGRAM HALA TUJU KERJAYA ANAK-ANAK ASNAF LEPASAN SPM
- 14 Mei 2025
- 1 min membaca
Updated: 10 Jun

SEREMBAN, 14 Mei - Sebuah program Hala Tuju khusus untuk anak-anak asnaf lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) anjuran Bahagian Kaunseling dan Latihan, MAINS dengan kerjasama Bahagian Agihan Jabatan Zakat, MAINS telah diadakan pada hari ini di Casa Lagenda Convention Centre (CLCC).
Program bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar dalam kalangan anak-anak asnaf MAINS tentang peluang kerjaya dan garis panduan yang sesuai dengan kelulusan akademik dan minat di institusi-institusi pengajian tinggi kelak.
Program yang disertai 150 orang anak-anak asnaf dan orang awam seluruh Negeri Sembilan turut diberikan pendedahan ceramah antaranya ‘Personaliti dan Kerjaya’, sesi perkongsian IPT dan kemahiran serta forum perkongsian anak-anak asnaf yang berjaya. Anak-anak asnaf yang hadir turut diberikan saguhati kehadiran.
Hadir menyempurnakan majlis penutup oleh Pengarah, Jabatan Zakat, MAINS, Mahadi Ali. Turut hadir, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Kaunseling dan Latihan, MAINS, Fadilah Mohamed.



