top of page

KE MANA WANG ZAKAT ANDA

  • 26 Mac 2025
  • 1 min membaca

Tahukah anda, pada setiap tahun, antara yang menerima agihan zakat MAINS adalah Jabatan Kerja Sosial Perubatan (JKSP) Hospital Tuanku Ja'afar Seremban, JKSP Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah dan JKSP Hospital Port Dickson (HPD)?


Melalui agihan zakat JKSP setiap hospital tersebut, disalurkan pula kepada pesakit-pesakit daripada golongan miskin dan tidak berkemampuan. Untuk tahun 2025, JKSP HTJ telah menerima agihan zakat sebanyak RM25,000, JKSP HTAN sebanyak RM25,000 dan JKSP HPD pula sebanyak RM10,000.


Pada hari ini, mereka yang menerima bantuan-bantuan tersebut melalui JKSP HTJ telah turut diraikan sempena bulan Ramadan ini dan Syawal yang bakal menjelang. Setiap pesakit menerima sumbangan wang tunai dan kuih raya sebagai tanda ingatan dan hubungan yang akrab.


Sumbangan telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Perubatan 3, HTJ, Dr. Dzualkamal Dawam dan diiringi Ketua JKSP, HTJ, Norizawati Zainol dan Ketua Unit Kebajikan dan Kesihatan, MAINS, Noor Fathihah Osman.

Aktiviti Agihan MAINS

<img>

Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14,
Menara MAINS, Jalan Taman Bunga,
70100 Seremban, Negeri Sembilan.

info@mains.gov.my
06-7651402 / 06-7620643

ADUAN / PERTANYAAN

Klik Di Sini 
untuk bertanyakan
sebarang soalan.

JUMLAH PELAWAT

Kiraan Pelawat Bermula 13-1-2026

MEDIA SOSIAL

  • Threads
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok

Copyright © 2026  Majlis Agama Islam Negeri Sembilan                          Kemaskini Akhir : 15-Jun-2026

bottom of page