top of page

AGIHAN WAKAF : PERASMIAN KUBAH PENGERING SOLAT (MAINS-WNSM)

  • 16 Jan 2025
  • 1 min membaca

PORT DICKSON, 16 Jan – MAINS bekerjasama dengan Wakaf Negeri Sembilan Muamalat (WNSM) telah melancarkan program agihan wakaf yang melibatkan perasmian Kubah Pengering Solar di Persatuan Nelayan Kawasan Telok Kemang, Port Dickson pada petang tadi.


Projek Kubah Pengering Solar ini adalah rentetan daripada pengurusan wakaf tunai antara MAINS dengan Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) melalui WNSM yang melibatkan kutipan wakaf tunai daripada orang ramai dan disalurkan kepada projek-projek wakaf yang terpilih.


Majlis perasmian ini bertujuan untuk memperkenalkan Kubah Pengering Solar kepada komuniti nelayan tempatan, pemimpin industri, dan pihak berkepentingan. Selain daripada memaparkan kelebihan teknologi ini, ia juga menjadi platform untuk memberi kesedaran tentang kaedah pengeringan ikan yang lebih mampan dan berpotensi meningkatkan nilai ekonomi produk perikanan khususnya kepada golongan yang kurang berkemampuan.


Program telah dimulakan dengan Bicara Santai yang disampaikan oleh Pengarah Jabatan Wakaf dan Mal, MAINS, Norazman Amat, yang telah membincangkan peranan ibadah wakaf dalam memajukan komuniti setempat. Majlis disambung dengan penyampaian cek cura Kubah Pengering Solar bernilai RM133,920.00 oleh Pengerusi MAINS merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bersama WNSM, Dato' Seri Dr. Abdul Aziz Sheikh Ab Kadir kepada pihak Persatuan Nelayan Kawasan Telok Kemang, Port Dickson.


Turut hadir Ketua Jabatan Syariah, BMMB merangkap Ahli Jawatankuasa WNSM, Dr. Mohd Izuwan Mahyudin, Pengarah Eksekutif, Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM), Ratna Sha'erah Kamaludin, Timbalan Setiausaha (Pengurusan) MAINS, Mohamad Idris Ramli, Pengurus Wilayah Selatan, BMMB merangkap Ahli Jawatankuasa WNSM, Mohd Zamri Pardi dan Pengurus Besar Persatuan Nelayan Kawasan Telok Kemang, Mohd Faudzi Mohamed Zakaria.


Aktiviti Agihan MAINS

<img>

Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14,
Menara MAINS, Jalan Taman Bunga,
70100 Seremban, Negeri Sembilan.

info@mains.gov.my
06-7651402 / 06-7620643

ADUAN / PERTANYAAN

Klik Di Sini 
untuk bertanyakan
sebarang soalan.

JUMLAH PELAWAT

Kiraan Pelawat Bermula 13-1-2026

MEDIA SOSIAL

  • Threads
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok

Copyright © 2026  Majlis Agama Islam Negeri Sembilan                          Kemaskini Akhir : 23-Jun-2026

bottom of page